Monday, 28 October 2013

MADU LEBAH KELULUT & PROPOLIS

  

TRIGONA STINGLESS BEE HONEY & PROPOLIS



 

Kelulut, lebah tukang, atau meliponini (nama saintifik: Trigona spp.) ialah lebah tidak bersengat tidak seperti lebah madu, merupakan sejenis serangga daripada keluarga Apidae. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.

Kelulut mampu menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Saiznya kecil iaitu lebih kecil daripada lalat. Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Ia penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.

Kelulut membentuk satu koloni besar dengan organisasi sosial yang kompleks. Sarangnya pula ada yang berada di bawah tanah, di dalam batu, di dalam kayu sehinggalah koloni terbuka.

Malaysia dilaporkan mempunyai kepelbagaian Trigona yang paling terbanyak berbanding dengan negara tropika Asia yang lain. Ia dianggarkan bahawa Malaysia mempunyai lebih daripada 35 spesis Trigona. Pihak MARDI telahpun mengumpulkan sebanyak 30 spesis Trigona dalam koleksi antrapod mereka. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kelulut

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Madu Lebah Kelulut adalah RAJA UBAT yang terbukti berupaya mencegah, merawat dan menyembuhkan pelbagai penyakit, meningkatkan kecergasan dan kecerdasan serta mengekalkan kecantikan.

Warna Madu Lebah Kelulut biasanya lebih jernih dan cair berbanding madu lebah. Madu Lebah Kelulut mempunyai rasa masam-masam manis.

Bertepatan dengan firman ALLAH SWT dalam ayat 68 & 69, Surah An-Nahli bahawa "akan keluarlah dari dalam badannya (lebah), minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi syifa (penawar) bagi manusia dari berbagai-bagai penyakit"
Mengamalkan meminum madu juga merupakan sunnah Rasullullah SAW. Rasullullah SAW berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan Al-Quran. Baginda SAW bersabda: "Ambillah (yakni gunakanlah) olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh, iaitu madu dan Al-Quran."

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak 300 ug/g berat kering. Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.


Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu kelulut mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu kelulut berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menopaus menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium


Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan mempelopori penggunaan madu bagi merawat ulser diabetes dan mengurangkan masalah inflamasi pada mukosa mulut pesakit kanser nasofarign yang menjalani rawatan radiasi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Madu juga dikenalpasti berpotensi menurunkan paras gula dalam darah serta meningkatkan kesihatan fizikal.


Kajian dilakukan di bawah pengawasan Prof. Madya. Siti Amrah Sulaiman itu menunjukkan penggunaan madu kelulut boleh menurunkan paras glukos pesakit diabetes selain berkesan untuk mencegah kanser dan gout katanya. [Universiti Sains Malaysia (USM)]

Kajian makmal di Mardi, madu kelulut boleh menyembuhkan lelah, batuk, asma dan lain-lain penyakit. "Bukan setakat madu sahaja, Propolis dan Polen dihasilkan kelulut boleh juga dimakan dengan direndam ke dalam air panas. Air rendaman itu juga boleh diminum begitu sahaja untuk menghilang batuk atau lelah," katanya ( Penolong Pegawai Penyelidik Mardi, Zulidzham Mohd Sani).


Khasiat madu kelulut dikatakan dapat meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, memberi tenaga kepada wanita yang baru bersalin dan membantu merawat kecederaan dalaman. Madu kelulut juga memperlahankan pertumbuhan sel kanser, mengecutkan keradangan dan meningkatkan daya imunisasi tubuh.
                                

       

      Cara pengambilan untuk umur 1-7 tahun:-

Boleh amalkan 1 sudu kecil sehari sekali atau selang sehari dua.
Untuk bawah 1 tahun beri sedikit sahaja sekitar 1 atau 2 titik madu apabila perlu.
Pengambilan madu untuk 1-7 tahun harus di pantau dan tentukan dos pengambilan mengikut keperluan badan mereka terutama bawah 1 tahun.

      Cara pengambilan untuk orang dewasa:-

Boleh amalkan 2 kali sehari:- 1 sudu besar sebelum sarapan dan 1 satu sudu besar sebelum tidur.